Saturday, July 4, 2009

Nasi Indon & Ikan Terbang




1 Ogos 2008, aku n hubby g Bali, Indonesia..so kat sana lunch kat sebuah restoran muslim. makanan yang disediakan amat menarik dan unik. iaitu nasi yang masak dan dibungkus macam lemang dalam daun pisang(baunyer wangi), makan dengan lauk tempe, tahu, ayam goreng, ikan masin, sup sayur (carrot & kentang) dan cili sambal (mcm sambal nasi ayam), ulam kacang panjang n timun. nasi tu diletakkan dalam bakul..seperti gambar kat atas tu...

pastu yg paling menarik adalah menu ikan terbang...ikan ni mcm ikan talapia tapi dihiris nipis dan digoreng garing...agak sedap jugak...rasa mcm ikan masing pun ada...tp x la masih sgt..ia dimakan ngn sos kicap + cili api.

pastu minuman yang disediakan adalah air teh hijau yang dicampur dengan cincau...air tu mmg tekak aku tak boleh terima....bau nye pun dah cukup membuatkan aku pening kepala..so minum je la air mineral....

No comments:

Post a Comment